Archive

Archive for the ‘Asas Nyanyian’ Category

Tip-Cara Buat Vibrato

Latihan Fizikal Untuk Penyanyi

 
Latihan ringkas selama 10 minit ini adalah bertujuan untuk memanaskan badan  serta menenangkan  badan anda  sebelum memulakan aktiviti latihan/persembahan nyanyian
.Perhatian:Sila rujuk doctor anda sebelum memulakan sebarang bentuk latihan fizikal
Ok mari kita mulakan,berdiri tegak,dengan kedua-dua belah tangan anda berada disisi anda,bernafas seperti biasa dan pastikan bahu serta kepala anda berada didalam keadaan yang rileks setiap masa.
Kemudian turunkan dagu anda hingga mencecah dada anda dan perlahan-lahan  pusingkan kepala anda ke kiri dan dongak keatas kemudian pusing kan ke kanan pula dan seterusnya ke bawah(pusingan lengkap) ulang sebanyak 5 kali,ikut arah jam dan 5 kali arah lawan jam
Seterusnya pula,angkat bahu anda  kearah kepala anda,perlahan-lahan pusingkan ke belakang,bawah depan (buat pusingan)Ulang sebanyak 5 kali (setiap arah bertentangan)
Bongkokkan badan anda (jangan bengkok kan lutut)dan biarkan tangan anda mencecah lantai ,kemudain perlahan-lahan tegakkan badan anda dan luruskan tangan anda keatas dan regangkan seregang yang anda mampu,kemudain regangkan ke kiri dan kekanan.Ulang 5 kali juga.
Akhir sekali,rilekskan kepala anda dan padang ke depan ,buka mulut anda seluas-luas dan cuba menguap –buat 2 kali dan kemudian tarik nafas dalam-dalam dalam kiraan 5 dan lepaskan dalam kiraan 15

Anatomi Vokal

1.Paru-paru menolak udara naik ke trakea
2. Lipatan suara yang berada di larinks pada bahagian atas trakea akan  menggetarkan udara untuk menghasilkan nada asas dan juga harmonik yang mewarnakan tona
3. Bunyi yang dihasilkan oleh lipatan suara tersebut bergerak bersama udara ke dalam farinks dan rongga mulut  di mana ia mula bergema dan  mengukuhkan harmonik yang terdapat di dalam tona
4. Rahang, lidah, gigi dan bibir membentuk bunyi kepada huruf-huruf vokal dan konsonan
5. Nyanyian yang baik bermula dengan tekanan udara yang padat dan konsisten daripada paru-paru/perut
6. Lipatan suara mestilah santai dan rendah di dalam kerongkong supaya ia dapat bergetar dengan bebas dan menghasilkan bunyi yang menyenangkan
7. Farinks dan rongga mulut pada bahagian belakang mulut mestilah dibuka sepenuhnya untuk membenarkan gema yang menghasilkan alunan suara dan bunyi tona yang mesra
8.Rahang, lidah, gigi dan bibir sepatutnya saling berhubung rapat bagi menghasilkan sebutan yang baik

Apa Range Suara Anda

Wanita
Bagi wanita ada 3 range  iaitu Alto, Mezzo-Soprano, dan  Soprano.
Bagi wanita dalam category Alto (iaitu range yg paling rendah)vokal range mereka dalam category ini bermula dengan  note C dibawah middle C dan berakhir di note G dibawah high C
Manakala bagi Mezzo Soprano pula (range antara Alto dan Soprano)Range yang selesa bagi mereka ini adlaaha bermula  di note G dibawah middle C hingga ke note B sebelum high
Dan akhir sekali  Soprano pula  bermula  di note G sebelu middle C dan berakhir di melampaui note high C.Soprano adalah range wanita yang paling tinggi

Lelaki
Bagi lelaki pula ada 3 ranges yang popular,iaitu Bass, Baritone, dan Tenor.

Bagi lelaki yang selesa dengan  tingkat register yang paling rendah digelar Bass.Range mereka bermula di F satu octave dibawah note middle C hingga ke  F above middle C
Manakala Barritone iaitu vocal range lelaki yang sederhana antara Bass dan Tenor bermula di note  A  satu octave dibwah note middle C hingga note b dibawah middle
Manakala Tenor pula adalah range tinggi bagi suara lelaki bermula di note c bawah middle C hingga ke note  C atas  middle C

Menyanyi Dengan Tekak Yang Sakit

Baru baru ini saya telah ditanya oleh seorang rakan saya mengenai menyanyi dalam keadaan sakit tekak .”Saya dapat masuk Final  pertandingan nyanyian  tetapi saya tengah sakit tekak..macamana ni bro?’tanya beliau pada saya

Ini bergantung kepada apa yg menyebabkan tekak anda menjadi sakit .Jika teramat sakit sehingga menyakitkan semasa hendak menelan,maka lupakanlah nyanyian buat sementara waktu! Namun jika ianya hanya sakit tekak yang biasa2 je kira ok la tp kalau boleh minta pandangan doktor

Udara yang kering(biasanya ini jarang berlaku di Malaysia tp ada  jika anda berada dalam persekitaran berhawa dingin),menyanyi dengan cara yg salah yakni dengan mendera suara dan jangkitan bacteria adalh beberapa penyebab yang selalunya menjadikan tekak anda menjadi sakit. Sesetengah orang boleh dapat sakit tekak setiap kali mereka bangun dari tidur,ini adalah terjadi kerana kebanyakan dari mereka ini menghasilkan sejenis asid yang dinamakan asid reflux yang dikeluarkan semasa mereka tidur dalam bentuk sendawa. Disini beberapa laman web yg boleh mnerangkan secara lebih lanjut mengenai asid reflux ni

www.texasvoicecenter.com

www1.wfubmc.edu/voice/reflux/

Oleh kerana tekak yang kering boleh sebabkan sakit tekak maka minumlah air sekurang2nya 8-10 gelas air setiap hari lagi banyak lagi bagus.Kita beruntung sebab kita tinggal  di Malaysia yang berudara lembab  dan ini amatlah bagus untuk suara kita,tetapi jika anda berada di persekiran hawa dingin yg hyper disarankan anda dapat bernafas dengan menggunakan hidung sekerapa yang boleh.Ini mampu mencegah tekak menjadi kering dan sakit.

Satu lagi punca sakit tekak ialah “penderaan suara” Ini adalah kerana menyanyi dengan terlampau tinggi dan terlalu kuat dalam jangka masa yang terlalu lama ,menjerit dan bercakap kuat dalam persekitaran yang biasing e.g perlawanan bolasepak dan menjerit  di konsert ,menghidu asap rokok, dan sebagainya Bila ini terjadi pada anda maka disarankan anda merehatkan suara anda  dan sedikit demi sedikit secara perlahanlahan pulihkan suara anda dengan melakukan latihan humming dan juga bubling/tongue trills

Jika anda dijangkiti laryngitis  dan tone anda mulai terputus-putus/tersangkut-sangkut di sustained note maka ini menandakan anda amat memerlukan rehat yang betul2 REHAT dan jumpa doctor dan makan ubat sewajarnya..

Kesimpulannya jika anda dapati tekak anda perit di waktu bangun tido maka tak payah risau  pasal ni normal dan ini juga factor yg menyebabkan ramai yang tak boleh nak naynyi pada waktu pagi..Ianya akan pulih secara semulajadi  beberapa jam selepas anda bangun dan anda  boleh menyanyi seperti biasa.

Jika sakit tekak  yang serius maka rehat la dari menyanyi dan minum air sewajarnya dan jika makin teruk lagi jumpa la doctor  anda

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,986 other followers