Archive

Archive for the ‘Tip In Malay’ Category

Latihan Fizikal Untuk Penyanyi

 
Latihan ringkas selama 10 minit ini adalah bertujuan untuk memanaskan badan  serta menenangkan  badan anda  sebelum memulakan aktiviti latihan/persembahan nyanyian
.Perhatian:Sila rujuk doctor anda sebelum memulakan sebarang bentuk latihan fizikal
Ok mari kita mulakan,berdiri tegak,dengan kedua-dua belah tangan anda berada disisi anda,bernafas seperti biasa dan pastikan bahu serta kepala anda berada didalam keadaan yang rileks setiap masa.
Kemudian turunkan dagu anda hingga mencecah dada anda dan perlahan-lahan  pusingkan kepala anda ke kiri dan dongak keatas kemudian pusing kan ke kanan pula dan seterusnya ke bawah(pusingan lengkap) ulang sebanyak 5 kali,ikut arah jam dan 5 kali arah lawan jam
Seterusnya pula,angkat bahu anda  kearah kepala anda,perlahan-lahan pusingkan ke belakang,bawah depan (buat pusingan)Ulang sebanyak 5 kali (setiap arah bertentangan)
Bongkokkan badan anda (jangan bengkok kan lutut)dan biarkan tangan anda mencecah lantai ,kemudain perlahan-lahan tegakkan badan anda dan luruskan tangan anda keatas dan regangkan seregang yang anda mampu,kemudain regangkan ke kiri dan kekanan.Ulang 5 kali juga.
Akhir sekali,rilekskan kepala anda dan padang ke depan ,buka mulut anda seluas-luas dan cuba menguap –buat 2 kali dan kemudian tarik nafas dalam-dalam dalam kiraan 5 dan lepaskan dalam kiraan 15

Anatomi Vokal

1.Paru-paru menolak udara naik ke trakea
2. Lipatan suara yang berada di larinks pada bahagian atas trakea akan  menggetarkan udara untuk menghasilkan nada asas dan juga harmonik yang mewarnakan tona
3. Bunyi yang dihasilkan oleh lipatan suara tersebut bergerak bersama udara ke dalam farinks dan rongga mulut  di mana ia mula bergema dan  mengukuhkan harmonik yang terdapat di dalam tona
4. Rahang, lidah, gigi dan bibir membentuk bunyi kepada huruf-huruf vokal dan konsonan
5. Nyanyian yang baik bermula dengan tekanan udara yang padat dan konsisten daripada paru-paru/perut
6. Lipatan suara mestilah santai dan rendah di dalam kerongkong supaya ia dapat bergetar dengan bebas dan menghasilkan bunyi yang menyenangkan
7. Farinks dan rongga mulut pada bahagian belakang mulut mestilah dibuka sepenuhnya untuk membenarkan gema yang menghasilkan alunan suara dan bunyi tona yang mesra
8.Rahang, lidah, gigi dan bibir sepatutnya saling berhubung rapat bagi menghasilkan sebutan yang baik

Menyanyi Dengan Tekak Yang Sakit

Baru baru ini saya telah ditanya oleh seorang rakan saya mengenai menyanyi dalam keadaan sakit tekak .”Saya dapat masuk Final  pertandingan nyanyian  tetapi saya tengah sakit tekak..macamana ni bro?’tanya beliau pada saya

Ini bergantung kepada apa yg menyebabkan tekak anda menjadi sakit .Jika teramat sakit sehingga menyakitkan semasa hendak menelan,maka lupakanlah nyanyian buat sementara waktu! Namun jika ianya hanya sakit tekak yang biasa2 je kira ok la tp kalau boleh minta pandangan doktor

Udara yang kering(biasanya ini jarang berlaku di Malaysia tp ada  jika anda berada dalam persekitaran berhawa dingin),menyanyi dengan cara yg salah yakni dengan mendera suara dan jangkitan bacteria adalh beberapa penyebab yang selalunya menjadikan tekak anda menjadi sakit. Sesetengah orang boleh dapat sakit tekak setiap kali mereka bangun dari tidur,ini adalah terjadi kerana kebanyakan dari mereka ini menghasilkan sejenis asid yang dinamakan asid reflux yang dikeluarkan semasa mereka tidur dalam bentuk sendawa. Disini beberapa laman web yg boleh mnerangkan secara lebih lanjut mengenai asid reflux ni

www.texasvoicecenter.com

www1.wfubmc.edu/voice/reflux/

Oleh kerana tekak yang kering boleh sebabkan sakit tekak maka minumlah air sekurang2nya 8-10 gelas air setiap hari lagi banyak lagi bagus.Kita beruntung sebab kita tinggal  di Malaysia yang berudara lembab  dan ini amatlah bagus untuk suara kita,tetapi jika anda berada di persekiran hawa dingin yg hyper disarankan anda dapat bernafas dengan menggunakan hidung sekerapa yang boleh.Ini mampu mencegah tekak menjadi kering dan sakit.

Satu lagi punca sakit tekak ialah “penderaan suara” Ini adalah kerana menyanyi dengan terlampau tinggi dan terlalu kuat dalam jangka masa yang terlalu lama ,menjerit dan bercakap kuat dalam persekitaran yang biasing e.g perlawanan bolasepak dan menjerit  di konsert ,menghidu asap rokok, dan sebagainya Bila ini terjadi pada anda maka disarankan anda merehatkan suara anda  dan sedikit demi sedikit secara perlahanlahan pulihkan suara anda dengan melakukan latihan humming dan juga bubling/tongue trills

Jika anda dijangkiti laryngitis  dan tone anda mulai terputus-putus/tersangkut-sangkut di sustained note maka ini menandakan anda amat memerlukan rehat yang betul2 REHAT dan jumpa doctor dan makan ubat sewajarnya..

Kesimpulannya jika anda dapati tekak anda perit di waktu bangun tido maka tak payah risau  pasal ni normal dan ini juga factor yg menyebabkan ramai yang tak boleh nak naynyi pada waktu pagi..Ianya akan pulih secara semulajadi  beberapa jam selepas anda bangun dan anda  boleh menyanyi seperti biasa.

Jika sakit tekak  yang serius maka rehat la dari menyanyi dan minum air sewajarnya dan jika makin teruk lagi jumpa la doctor  anda

 

Bagaimana Penyanyi Merakamkan Lagu di dalam Album??

Mungkin ramai anda diluar sana yang masih samar-samar bagaimana seseorang penyanyi merakamkan lagu mereka.Proses merakamkan lagu bermula apabila seseorang komposer itu memberikan lagu yang masih “raw” kepada penerbit album dan penerbit pula akan membuat susunan muzik atau ada juga yang mengupah music arrangger mengikut kesesuaian genre,konsep,range suara, atau identiti penyanyi yang bakal merakamkan lagu tersebut,proses ini mengambil masa lebih kurang seminggu.

Setelah ianya siap maka music arrangger tadi akan serahkan kepada penerbit untuk approval.Apabila penerbit berpuashati maka dia akan menghantar muzik itu tadi untuk diserahkan kepada penulis lirik pula.Penulis lirik akan  menulis lirik berpandukan kepada melody guide dalam lagu tersebut.Proses penghasilan lirik ini kadang-kadang tidak menentu tempoh waktunya,terpulanglah pada kreativiti seseorang penulis lirik tersebut.

Kini lagu itu tadi hanya tinggal untuk dirakamkan sahaja,namun begitu lagu beserta lirik ini perlu diserahkan terlebih dahulu kepada si penyanyi untuk dia menghayati melodi serta menyuaipadankan lirik dengan melodi..seterusnya menghayati lirik lagu tersebut.Mengikut pengalaman saya,proses ini mengambil masa lebih kurang 2-3 hari sebelum ke studio rakaman,walaubagaimanapun penerbit berhak untuk mengubah sedikit lirik atau melodi asal jika dia rasa bersesuaian

Setelah proses tadi selesai si penyanyi itu bersama penerbit akan ke studio rakaman.Sampai jer maka mula lah penyanyi itu menyanyiiiiiiii…..ada setengah penyanyi memulakan rakaman di bahagian chorus terlebih dahulu,ada pula yang lebih selesa dengan menyanyikan bahagian bridge dan verse dahulu.

Untuk pengetahuan anda,sessi rakaman lagu ni adalah sangat kritikal,ketelitian dan kesempurnaan harus dijaga baik dari segi vokal dan juga penghayatan lagu demi menghasilkan lagu yang berkualiti.Untuk itu penerbit akan memantau sesi rakaman ini,ada juga sesetengah penerbit yang mengarahkan seorang penata vokal untuk memantau vokal,serta penghayatan si penyanyi semasa proses rakaman.

Penerbit serta penata vokalnya ini akan menghalusi setiap bait lagu,patah agu,tempo,sebutan,pernafasan,pitching,low note,high note dan apa saja yang berkaitan dengan teknik vokal dan penyampaian lagu.

Saya ambil contoh lagu saya,Ramalanku Benar Belaka,dimana liriknya bermula dengan….’hingga ke saat ini...”ok sebutan ‘hingga’ tu mesti kena jelas begitu juga dengan pitching,bila selesai rakam jika hasilnya berjaya kat sebutan ‘hingga‘ sahaja tapi pitching kat ‘ke saat ini’ ada tergelincir sedikit maka kenalah penyanyi tu rakamkan balik untuk baris lirik itu sahaja,tapi bila rakam balik ‘ke saat ini’ pitching dah ok tapi sebutan ‘hingga’ pula dengar macam ‘higga’,so kena buat balik..betulkan sebutan,cuba anda bayangkan itu baru proses rakaman untuk baris pertama sahaja..betapa kritikal dan stressnya proses rakaman ini

Pada keseluruhannya,proses rakaman lagu untuk lagu yang hanya panjangnya antara 3 minit -5 minit akan mengambil masa antara 45min – 5jam bergantung kepada kepakaran vokal si penyanyi

Setelah selesai lagu tersebut akan dihantar kepada mixer untuk diadun bunyi atau mixing untuk menaiktaraf kualiti bunyi lagu tersebut dan untuk ‘memerdukan’ lagi suara si penyanyi

Jadi itulah serba ringkas,mengikut pengalaman saya merakamkan lagu dalam studio.Kesimpulannya lagu yang hanya panjangnya 5 minit bukan bererti rakaman lagunya  juga mengambil masa 5 minit.

Latihan..Latihan..Latihan

Latihan Latihan Latihan

Nyanyian jika tidak diasah atau dilatih takkan membawa anda kemana-mana.Dengan berlatih anda akan mengenali kelemahan dan kelebihan suara anda,anda juga dapat kenalpasti lagu yang bagaimana selesa dengan anda,juga dengan latihan anda boleh berexperimen dengan suara anda,cuba cabar suara anda ketahap yang diluar kemampuan anda,dengan cara ini suara anda menjadi flexible dan mungkin anda boleh jadi versatile singer.Ambil kesempatan untuk menyanyi dimana-mana sahaja,rasakan keseronokan menyanyi dan cuba menyanyi dihadapan rakan-rakan secara tak langsung atau secara langsung dan dapatkan komen dari mereka,jikalau komen-komen yang diterima membanggakan maka anda sudah bersedia untuk ke tahap seterusnya.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,986 other followers