Archive

Archive for the ‘Tip In Malay’ Category

Menyanyi ni Kena Belajar….?

Setiap orang mempunyai lagu kegemaran yang tersendiri sehinggakan setiap kali apabila kita terdengar lagu tersebut di mana-mana pun sudah pasti kita akan berkata “Oh, itu lah lagu ku”. Saya percaya anda pasti beranggapan itulah lagu yang terbaik di dunia ini, betul tak? Apa yang membuatkan lagu tersebut begitu istimewa ialah ia seolah-olah akan membuatkan bulu roma anda meremang ataupun ia membuatkan anda terkenang akan peristiwa dalam sejarah hidup anda setiap kali anda mendengarnya

Walauapapun sebab yang membawa inspirasi ke atas diri anda, anda tidak pernah rasa jemu untuk mendengar lagu tersebut. Bagaimana pula jika anda boleh belajar dan menyanyaikan lagu tersebut dengan baik pada bila-bila masa yang anda kehendaki? Pernahkan anda terfikir untuk belajar menyanyi tetapi anda belum pernah mengambil langkah ke arahnya? Usah rasa ragu dan berfikiran yang anda mungkin tidak mempunyai bakat. Anda haruslah mencubanya!

Jika anda hanya mempunyai suatu inspirasi ke arah impian anda, ia merupakan langkah pertama anda untuk mengecapi impian tersebut. Tapi ia haruslah menjadi impian anda sendiri, bukan kerana impian orang lain, jika tidak mudah untuk anda hilang fokus. Selain itu, yang paling penting, jangan biarkan pandangan-pandangan negatif terhadap diri anda menjatuhkan semangat anda. Jika memang anda mempunyai minat yang mendalam terhadap nyanyian, teruskan usaha tersebut.

Selepas mengetahui minat anda ini, langkah seterusnya untuk belajar menyanyi ialah dengan cara anda mengikuti kelas nyanyian. Memang tidak dinafikan, cara yang terbaik untuk belajar bagaimana hendak menyanyi ialah dengan mengupah jurulatih nyanyian. Hampir setiap bidang dalam ilmu asas nyanyian ini mempunyai jurulatihnya yang tersendiri untuk membantu anda. Ia merangkumi pernafasan dan teknik vokal yang mantap. Ilmu-ilmu ini boleh membantu anda dalam menjadi penyanyi yang hebat.

Seorang jurulatih nyanyian yang bagus akan melatih anda mengikut sejauh mana kadar perkembangan pemahaman anda sendiri. Ia bagi mengelakkan sebarang kecacatan terhadap suara anda. Beliau juga seharusnya tahu betapa pentingnya menjaga kod-kod vokal anda. Walaupun mendapatkan jurulatih persendirian ini adalah cara yang terbaik, tapi untuk jangka masa yang lama ia mungkin menyebabkan anda menanggung kos yang tinggi. Kadar harga untuk setiap jam kebiasaanya sekitar $50 – $200 (RM177 – RM710). Alternatif yang lain untuk tujuan latihan anda ialah belajar melalui online. Terdapat perisian yang boleh dimuat turun di mana kualitinya juga agak bagus. Semakin ramai orang yang gemar menggunakan internet dan komputer. Oleh itu, pilihan untuk menggunakan perisian seperti ini adalah pilihan yang baik. Selain itu, kebaikannya ialah anda hanya perlu bekerja di rumah anda sendiri. Melalui pembelajaran di rumah, anda boleh lebih berjimat dan anda juga boleh mula belajar pada bila-bila masa dan di mana pun kerana anda boleh memuat turun perisian berkenaan mengikut kesesuaian anda sendiri. Walaubagaimanapun, jika anda memang ingin belajar melalui perisian, pastikan ia turut menawarkan untuk melatih anda teknik pernafasan yang betul. Teknik yang paling penting ini akan membantu anda untuk menyanyi dengan menggunakan suara anda yang sebaik mungkin-Untuk makluman sehingga arikel ini ditulis,belum ada lagi bentuk pembelajaran seperti ini di Malaysia-Insyaallah saya akan mencuba melakukan!

Terdapat ratusan program latihan di luar sana, apa yang hanya anda perlu buat ialah cari yang memenuhi citarasa anda dan ia mampu membantu anda dalam menjadi seorang penyanyi yang hebat. Anda akan merasa lebih mudah untuk menyanyi akhirnya, jika anda memberi komitmen berlatih secara berterusan disepanjang tempoh latihan anda nanti. Bakat dalam bidang muzik ini akan memberi suatu kehidupan yang lebih bermakna untuk anda. Jika anda mempunyai minat yang mendalam terhadap nyanyian ini, teruskan impian anda dan belajar mengenainya hari ini juga

Berhenti…

Salah satu tips untuk mengekalkan kesihatan suara anda dengan berhenti merokok dan berhenti meminum minuman

berais ais(terutama beberapa jam sebelum anda menyanyi)..Ok yang ni mungkin agak berat sikit bagi sesetengah orang

untuk mempraktikkanya..Namun untuk menjadi penyanyi yang berkaliber anda kena berhenti merokok,cakap dengan

menjerit atau suka menjerit-jerit(ada ke orang macamni)dan kurangkan meminum ais beberapa jam sebelum anda

menyanyi.Saya tak kan kupas bab ni kerana bersangkut-paut dengan tabiat manusia,saya dah bagi tahu jadi pandai-

pandailah yer..

Categories: Tip In Malay Tags:

Menyanyi Depan Cermin

Cermin adalah alat yang penting dalam pembelajaran vokal anda..bunyi macam tak logik bukan..Tapi ini lah

hakikatnya.Dengan menyanyi dihadapan cermin anda sendiri dapat meihat posture badan anda sewaktu menyanyi(ini

amat penting ketika menyanyi)expresi muka dan mulut serta teknik pernafasan anda.Cuba berxperimen depan cermin

dengan menyanyi dengan membongkok,tak buka mulut dengan sepatutnya dan cuba menyanyi dengan berdiri tegak dan

membuka mulut dengan sepatutnya.Dont be surprised anda akan selesa menyanyi bila anda berdiri tegak sambil

menyanyi dengan membuka mulut dengan sepatutnya.Itulah kegunaan cermin!

Categories: Tip In Malay

Salam Perkenalan

Terlebih dahulu saya amat bersyukur kerana dengan limpah kurniaNya,akhirnya saya berjaya juga membuka blog ini setelah beberapa kali tertangguh kerna bermacam-macam masalah yang dihadapi.

Tujuan saya membuka blog ini adalah semata-mata melayan hobi saya yg minat pasal musik khususnya dalam vokal.insyaallah saya akan memberi bebrapa tip asas nyanyian kepada pembaca-pembaca blog saya

Diingatkan tip-tip ini nnt  adalah dalam dwibahasa

Menyanyi adalah sifat semulajadi yang ada dalam setiap naluri manusia.Nyanyian juga sejak beribu-ribu tahun dahulu menjadi tunjang kepada peradaban manusia,kesenian,keagamaan dan yang paling ketara dalam percintaan.Kita tidak semua lahir dengan kebolehan menyanyi,walaubagaimanapun dengan latihan yang betul dan sesuai setiap orang BOLEH menyanyi.Berikut beberapa tips untuk menyanyi dengan cara yg betul bagi mempersiapkan anda untuk menyanyi secara profesional,ke audition atau di karaoke dan juga menyanyi di bilik air.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,986 other followers